iklan bersama suka-ketawa

Wednesday, August 4, 2010

Bibik & Tel

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Nasi Lemak Ayam

Ajoi hendak membeli nasi lemak di kedai Wak Kentut,

Ajoi: Bang ada nasi lemak ayam?

Penjual:Ada harganya empat ringgit 50 sen

Ajoi: Hmm, nasi lemak telur ayam?

Penjual: Ada…dua ringgit lima puluh sen

Ajoi: Ada yang 50 sen tak?

Penjual : Ada..nasi lemak taik ayam..!

Orang Gila Main Dam Aji

Dua orang pesakit di Hospital Permai sedang melepak di bawah pokok. Di situ ada kerusi dan meja tempat berehat. Mereka boring gila, dah la gila boring gila pulak sampai naik gila dibuatnya.

Orang gila 1 : “Kita main dam jom!”

Orang gila 2 : “Tapi takde buah dam”

Orang gila 1 : “Kita main bayangannya aja.”

Lalu tanpa papan dam mereka memulakan permainan dam. Tak, tak,tak -haha aku makan 3 buah dam ko terus naik haji!”

Begitu syoknya mereka bermain, hingga waktu rehat habis.

Selepas mereka masuk, tukang sapu datang ketempat mereka bermain dam aji bayangan tadi, lalu berkatalah dia.

Tukang sapu : (sambil menggerakan tangan) “Dasar orang-orang gila, selesai main dam bukannya nak kemas balik!”