iklan bersama suka-ketawa

Friday, June 25, 2010

lawak pendek - 1

CERITA 1
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

CERITA2
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik ridzal ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

CERITA3
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

CERITA4
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
” Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”
“Dah tentu, ” jawab doktor.
“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

CERITA5
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Meor terpandang Arif sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Arif.
Meor : Kenapa menangis?
Arif : Saya datang untuk ujian darah.
Meor : Awak takut ke?
Arif : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Arif, Meor menangis.)
Arif : Eh, kenapa pula awak menangis?
Meor : Saya datang untuk ujian air kencing…

0 comments: